PTPTN Loan..to pay or not to pay?

August 21, 2013 at 1:24 am (life) (, , )

Now kecoh pasal PTPTN punya decision to put those who have yet to start their repayment to PTPTN in Central Credit Reference Information Systems (CCRIS). Basically once kalau nama dah listed dalam CCRIS ni, lagi susah nak dapat approval for loan keta and loan rumah. Rata rata aku tgk org kecoh pasal tak patut la PTPTN buat macamtu..tak berperikemanusiaan la..apa la..

Well. Let me share the facts first sbb rasa ramai yg dok kutuk decision PTPTN tanpa usul periksa ni.

– Since 1997, PTPTN has approved pinjaman untuk 2.17 million students.
– Out of 2.17 million ni..17k telah dikecualikan sbb graduate with first class honor. Bagi aku amount ni terlalu sikit..what happened to the rest? Kebanyakkan nye just average ataupun cukup cukup makan je..adakah student2 kita makin malas? makin bodoh?
– As of July, 418k orang belum even mula bayar lagi pun pinjaman mereka.
– Last year, PM kita siap announce 20% discount dekat sapa sapa yg boleh settlekan loan in full by September tahun ni
– Peminjam boleh tangguh pembayaran jika tidak masih belum bekerja atau full time study. (maksimum 2 tahun tangguhan)
– minimum pembayaran balik ialah RM50 ke 100 sebulan (kalau tak silap)

Pada pendapat aku..memang patut PTPTN masukkan diorang ni dalam list CCRIS ni..satu..PTPTN dah banyak sangat bagi muka kat diorang ni..bukan diorang ni je..MARA pun sama..basically semua yg bagi pinjaman kat student mmg facing the same problem. Macam peminta sedekah pulak nak kena merayu..kejar nak mintak bayar balik pinjaman.. Masa nak pinjam sikit punya beriya..nak bayar sangat la liat. Agaknya rata rata manusia mmg macam ni..Kira kalau nak buat comparison..korang bayangkan..kalau member ke family ke pinjam duit pun korang..masa pinjam manis btul mulut..lepas guna..buat dunno je..walaupun dah ada duit nak bayar balik..diorang akan buat buat lupa..yg bagi pinjam ni pulak macam yg lagi segan nak mintak diorang bayar..

Rata rata average yg tak bayar ni bukannya tak mampu sampai pakai compang camping semua..semua profesional..dah berjaya..dah bekerja tetap..Kalau yg betul betul cannot afford aku rasa boleh je diorang take into consideration to postpone the loan payment..tapi come onla..if you can spend hundreds on unnecessary things..shopping laa..makan mewah la..baru keje pun tgk kereta semua tak nak kalah..semua hebat hebat..takkan nak bayar skit balik duit yg ko pinjam tu pun tak boleh? bukannya ko derma or bagi pun..ni duit yg ko sendiri pinjam and guna untuk menimba ilmu.. Masa pinjam dulu dah tau dah terms and condition semua kan.. kalau laa mmg betul tak mampu ..(ni mmg kronik punya tak mampu nak bayar which is rare) kenapa korang tak try untuk dapatkan first class honor? ramai je aku tgk budak budak yg main main.. take for granted sbb duit dapat bulan bulan sepanjang waktu belajar..idup mewah…belajar lebih kurang cukup cukup makan je.. Kenapa ko tak simpan duit tu dari masa korang belajar? use only the necessary? why must waste on unnecessary things back then and also now?

Bila diorang announce nak masukkan dalam list CCRIS ni..ramai yg komplen..makin susah nak amik loan keta loan umah..mmg laaa! cuba pikir sikit..korang nak bayar PTPTN setakat 50-100 sebulan tu pun liat..nak amik loan umah loan keta boleh pulak nak bayar ratus ratus ribu ribu bulan bulan? Kalau mampu amik loan umah and keta..of course ko mampu nak bayar loan PTPTN kan? kan? Aku guna anology org pinjam duit kita la kira…Kalau org tu pinjam duit kat ko..untuk something yg penting..contoh sakit nak bayar ubat kat klinik..korang akan bagi kan..lepas tu dia tak bayar bayar walaupun boleh nampak dia ada duit ..idup agak mewah..then tetiba org tu datang lagi..nak pinjam duit nak beli perfume or baju..agak agak korang bagi tak? of course tak kan?

There will be people who will say ‘alaa kerajaan kan banyak duit’..tapi this is the promise you have made..untuk bayar balik..tak kisah la banyak duit ke apa..selagi diorang tak halalkan..mmg kena bayar balik kan? Takkan nak tunggu dah tua bangka kaya raya baru nak bayar balik loan? tu kalau sempat bayar..kalau yg dok lari tak nak bayar pastu mati..nyusahkan guarantor pulak nanti..Kalau diorang nak bayar..kalau tak..pk pk la pas mati nanti camne nak bayar..Please don’t be selfish. If you can spend your money on unnecessary stuff, why can’t you pay the loan that you have used to study and get to where you are now? At least with your loan payment, korang boleh tolong future generations (yg hopefully tak liat bayar dan malas nak belajar) yg betul betul memerlukan pinjaman for their study.

Saya nak mintak maaf awal awal pada siapa siapa yg mungkin terasa dgn post saya ni..

loan

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: